Friday, July 2, 2010

kisah guru & murid

dalam sebuah kelas..

Seorang ibu guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. Ibu guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham guru…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Ini ada Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet?”

Murid-muridnya berpikir.
Ada
yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-nginjak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah pondasi yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Lemari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-nginjak, bu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..  

dipetik daripada...

Wednesday, June 16, 2010

Doa2 mendidik anak@pelajar.

:::::Doa untuk melembutkan hati anak2 yg nakal:::::~surah Taha ayat 1-6~
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil
__________________________________________________________________________________
cebisan Rasa ::: Insayaallah, mudah-mudahan doa ini dapat melembutkan hati2 pelajar2 kita..

TuMbUk CiKgu???

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan. Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman. Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya. Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang. Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak. Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit. Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera. Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit. Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya. Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan. Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut. Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

komen :
Demikian niat guru tsbt utk mendidik dengan ketegasan telah disalah ertikan oleh pelajar, malah sebaliknya cikgu pula yg terima padah... apepun, didikan agama dan moral paling penting untuk lahirkan individu yg bersahsiah & berakhlak... tak guna cemerlang akademik sekiranya EQ nya ermmmm ntah pape je......pelajar perlu didik utk menghormati org lain dan berbudi bahasa semenjak dari kecil lg, means ibu bapa juga perlu mainkan peranan besar mendidik anak2 mereka...Semoga Allah terus memberi ketabahan dan kekuatan kpdku utk teruskn perjuangan mendidik pelajar2 pada zaman yg sgt mencabar ini....  

x moh kena tumbokkkk... =)
takott nanti tertumbok balik...bahaya!

Tuesday, June 15, 2010

Back to School....4 days to go

Cuti sekolah dah nak habis dah...kena kembali ke sekolah terchenta... =)
Xtvt cuti??? xd wat ape pom...goyang kaki kat umah jer & santai2 ngan famili...
paling best dapat melayan anak sedara yg sorang ni (baru ada sorg anak sedara)..hehe..

iZZAh MaiSaRaH

Back to school wif d new spirit...............students 1H >> i'm Coming

Friday, June 11, 2010

Selamat Hari Guru 16 Mei 2010............
Tema hari guru tahun ini ialah "Guru Membina Negara Bangsa"
(dah 3 tahun sy sambut hari guru....=))
(baru 3 tahun saya sambut hari guru)

Lo ni, nk ucap hari guru dah guna SMS...tp kami2 je la...sama2 ckgu. student xd hantar pun(saya la).
cikgu lain maybe ada kot..

Selamat hari guru untuk semua k'kawan dan especially sume guru yg pernah mendidikku, pernah memarahiku, merotanku, ect...tanpa kalian, sy bukan di sini sekarang...thanks a lot...

gini la kot suasana dalam kelas bila cikgu Idah masuk...hihihi...mcm2 kerenah.
out of control wei....tulun...tp students dlm gambar ni kira ok lg la compare dgn realiti sy hadapi skg...

Cikgu pesan,,,kalau tak boleh jawab..tido jerrr =) kot2 dpt jwpn dlm mimpi....

Friday, May 1, 2009

Bila Guru Mentafsirkan Cinta,,,

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

Sajak buat tatapan pelajarku...

Anakku
apabila suaramu memecah kelahiran
tahulah akuseluruh urat nadi di tubuh ini
mesti diperah
mengalirkan susu di kerongkongmu.
Anakku
apabila engkau mula membesar
untuk menyedut nafas kemerdekaan
mengertilah aku
seluruh kebijaksanaan bangsamu
terpaksa dipadu dikerah mendidik
dan mengawalmu.
Anakku
apabila engkau menjadi semakin remaja
dengan gagah melihat bumi bonda ini
sebagai titik di sebuah dunia
fahamlah aku
sesungguhnya aku dan seluruh guru-gurumu
memerlukan sebuah kepastian.
Anakku
apabila engkau benar-benar dewasa
insaflah aku
bahawa engkau berdepan dengan seribu kejahilan
dengan hakikat dan pengalaman.
Anakku
apabila engkau akan menjadi semakin tua
bersyukurlah akujika engkau sedar
segala yang meratah fikiran rasaku
selama ini ... selama aku
menjadi ayah@ibu dan gurumu.

dipetik daripada karya Nordin Haji Nasir

Friday, July 2, 2010

kisah guru & murid

Posted by chekgu at 3:32 AM 0 comments

Posted by chekgu at 10:25 AM 0 comments
:::::Doa untuk melembutkan hati anak2 yg nakal:::::~surah Taha ayat 1-6~
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil
__________________________________________________________________________________
cebisan Rasa ::: Insayaallah, mudah-mudahan doa ini dapat melembutkan hati2 pelajar2 kita..

TuMbUk CiKgu???

Posted by chekgu at 10:14 AM 0 comments

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan. Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman. Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya. Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang. Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak. Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit. Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera. Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit. Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya. Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan. Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut. Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

komen :
Demikian niat guru tsbt utk mendidik dengan ketegasan telah disalah ertikan oleh pelajar, malah sebaliknya cikgu pula yg terima padah... apepun, didikan agama dan moral paling penting untuk lahirkan individu yg bersahsiah & berakhlak... tak guna cemerlang akademik sekiranya EQ nya ermmmm ntah pape je......pelajar perlu didik utk menghormati org lain dan berbudi bahasa semenjak dari kecil lg, means ibu bapa juga perlu mainkan peranan besar mendidik anak2 mereka...Semoga Allah terus memberi ketabahan dan kekuatan kpdku utk teruskn perjuangan mendidik pelajar2 pada zaman yg sgt mencabar ini....  

x moh kena tumbokkkk... =)
takott nanti tertumbok balik...bahaya!

Tuesday, June 15, 2010

Back to School....4 days to go

Posted by chekgu at 10:35 AM 0 comments
Cuti sekolah dah nak habis dah...kena kembali ke sekolah terchenta... =)
Xtvt cuti??? xd wat ape pom...goyang kaki kat umah jer & santai2 ngan famili...
paling best dapat melayan anak sedara yg sorang ni (baru ada sorg anak sedara)..hehe..

iZZAh MaiSaRaH

Back to school wif d new spirit...............students 1H >> i'm Coming

Friday, June 11, 2010

Posted by chekgu at 11:10 AM 0 comments

Selamat Hari Guru 16 Mei 2010............
Tema hari guru tahun ini ialah "Guru Membina Negara Bangsa"
(dah 3 tahun sy sambut hari guru....=))
(baru 3 tahun saya sambut hari guru)

Lo ni, nk ucap hari guru dah guna SMS...tp kami2 je la...sama2 ckgu. student xd hantar pun(saya la).
cikgu lain maybe ada kot..

Selamat hari guru untuk semua k'kawan dan especially sume guru yg pernah mendidikku, pernah memarahiku, merotanku, ect...tanpa kalian, sy bukan di sini sekarang...thanks a lot...

gini la kot suasana dalam kelas bila cikgu Idah masuk...hihihi...mcm2 kerenah.
out of control wei....tulun...tp students dlm gambar ni kira ok lg la compare dgn realiti sy hadapi skg...

Cikgu pesan,,,kalau tak boleh jawab..tido jerrr =) kot2 dpt jwpn dlm mimpi....

Friday, May 1, 2009

Bila Guru Mentafsirkan Cinta,,,

Posted by chekgu at 11:38 AM 1 comments
GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

Sajak buat tatapan pelajarku...

Posted by chekgu at 10:43 AM 0 comments